Saturday, April 3, 2010

Kualiti Filem Terletak Pada Ilmu dan Pengalaman

Kualiti Filem Terletak Pada Ilmu dan Pengalaman
Oleh: R.Shamfa

Kebanyakan mereka sering bertanyakan bagaimana untuk membuat filem itu bagus serta paling penting mempunyai kualiti. Filem yang berkualiti adalah terletak pada ilmu dan pengalaman individu tersebut.

Jadi untuk mencapai tahap tersebut haruslah kita mengkaji dan belajar bukan sekadar dari kemahiran dan teori yang diajar di kuliah tetapi haruslah mengambil ilmu melalui buku-buku filem kerana di situ juga terkandung sejuta ilmu dan pengalaman yang tidak didapati oleh setiap manusia secara langsung.

Sebenarnya Islam mengajar kita suruh membaca dan menuntut ilmu supaya dapat menaikkan taraf hidup manusia. Sebenar pembikin-pembikin filem Barat telah banyak mempelajari dan mengkaji bagaimana untuk menghasil filem yang berkualiti melalui hasil pembacaan. kerana melalui pembacaan akan lahirnya kemahiran. jadi, Mari kita maju filem demi bangsa, agama dan negara.

---Petikan dari blog Kitamajufilem---

Thursday, April 1, 2010

Mencari Unsur Seni Atau Komersial Filem: SATU KERAGUAN (3/6/09)

Penulis:

Suatu yang tidak dijangka kadang-kadang pembikin-pembikin filem sering menggelarkan diri mereka antara mereka yang memiliki pemikiran yang berseni . Tetapi mereka tidakkah kah tahu aliran seni semestinya merangkumi arus pemikiran bersamaan dengan pemikiran masyarakat dunia yang tidak semestinya bersamaan arus ,pangkat dan tahap keilmuan terutamanya fokusnya kepada filem . Cukup Malang sekali sekiranya filem yang dilabelkan dan diagungkan sebagai filem yang dikatakan punya seni malangnya ia bukan suatu seni yang indah. Padahal Seni secara umumnya bermaksud sesuatu perkara yang memberi makna keindahan tetapi sebaliknya seni dan yang diiktiraf sebagai suatu filem yang seni oleh golongan 'ego' filem sebenarnya membawa makna privasi dan tidak layak untuk membawa untuk dijadikan sebuah filem untuk masyarakat. Ya, Hanya orang-orang filem sahaja yang kenal apa itu filem dan apa itu seni .Dan yang menjadi persoalannya, adakah 'seni hanya untuk seni' dan seni bukan untuk mencari keuntungan ? Itu mencari padah namanya . Bayangkan sekiranya filem berjuta-juta ringgit semata-mata untuk memperjuangkan suara seni yang kononya 'seni' sebenarnya tidak membawa hala tuju ke mana-mana dan ia sekadar jaguh bagi sesebuah puak untuk sebuah pekan yang minoriti di serata dunia . Kalau itu diperjuangkan, usah diperjuangkan hakikatnya hanya merugikan duit dan merugikan masa penonton di panggung yang rata-rata binggung dengan cara pembikinan orang-orang filem yang dikatakan pandai, alim dan berilmu tetapi sebaliknya adalah bukan seperti itu tetapi seperti langit dan bumi . Itu sebabnya filem seni hampir samanya dengan filem sampah kerana filem itu bukan membosankan malah layak dibuangkan dan dilupakan kerana apa gunanya tonton kalau tak faham dan bosan?

Kalau seni pula dipersalahkan dan bagaimana pula peranan komersial ? Komersial berperanan sebagai mengikut kehendak pasaran dan sering mengikut citarasa penonton . Yang malangnya , Orang-orang filem ini mengaku dirinya 'komersial' hampir sama dengan orang-orang filem mengaku dirinya 'seni' kerana rata-rata sering berlandaskan cerita sekadar luahan peribadi dan emosi semata-mata tanpa mengetahui hak masyarakat menonton sesebuah filem . Masyarakat yang terdiri dari golongan majoriti tidak mengerti apa orang-orang filem ingin sampaikan untuk mereka dan kepada siapa filem ingin dituju dan ditonton ? filem komersial yang sepatutnya memenuhi citarasa penonton menjadi sebuah filem yang menghampakan penonton . Mana tidaknya, sememangnya filem boleh mengaut keuntungan hasil daripada kutipan penonton tetapi nasib penonton ini dianiayai oleh helah-helah dan janji-janji istimewa orang-orang filem untuk mengatakan filem ini bagus tetapi sebaliknya semua orang sudah tahu dan ini seakan 'menguntungkan industri tetapi tergadainya maruah dan kehormatan kerana tidak kredibilti filem yang berkualiti .


Jadi, Nilai-nilai Komersial dan seni perlu seiring dan bersatu-padu dan tidak boleh dipisahkan kerana elemen sedemikian mewakili kandungan isi tersurat dan isi tersirat untuk sesebuah filem. Sekiranya filem itu tidak punyai seni itu bukan keindahan dan sekiranya filem itu tidak punyai komersial itu bukan mencari keuntungan . Sekiranya aspek tersebut dipisahkan dan dibiarkan keadaan dengan keegoaan yang melampau sebenarnya filem hanya takat 'hanya ingin ke kelautan dalam tetapi hanya ke tepi di persisiran pantai' .Filem itu takkan pergi ke mana-mana biarpun merantaui ke sempadan festival atau menjadi juara panggung sahaja tetapi Tanggapan penonton ini diremeh-temehkan dan tidak dipedulikan padahal mereka yang mewakili majoriti dan mereka sebenarnya memberi modal kepada industri . Kesimpulan apa gunanya untuk berlagak dan tunjuk hebat sebagai orang-orang filem yang konon hebat dari segi seninya sekiranya lupa bahawa sebenarnya penonton di panggung sebenarnya modal kepada pembikin tersebut untuk membikin filem . Sebenarnya sesebuah filem amat perlu dimunasabahkan kandungan filem dan teknikalnya supaya mutunya dan kualitinya boleh diiktiraf oleh penonton kerana penonton ibarat pelanggan dan pelanggan itu ibarat raja . mereka yang berhak menonton dan ada hak untuk mengkritik . Sememang segala menjadi suatu keraguan yang penuh dengan subjektif dan jikalau kita kembali kepada matlamat sebenar filem malaysia ini ' siapa yang maju filem? Kalau kita maju filem?'

-----Petikan Dari Blog Kitamajufilem------

Saturday, March 27, 2010

Siapa Khalayak Filem Kita?

Siapa Khalayak Filem Kita?
Oleh Ku Seman Ku Hussain

DI Kuala Lumpur kini terdapat beberapa premis yang memberi peluang kepada peminat-peminat filem untuk menonton filem yang berada di luar arus perdana. Filem-filem ini didatangkan dari luar Hollywood yang telah sekian lama mendominasi minat, pemikiran dan pasaran filem di dunia.

Antara premis yang menjadi tumpuan di Kuala Lumpur ialah Institut Asia Eropah di Universiti Malaya, Sobranie Classic, International Screen di cinepleks GSC Midvalley dan Kelab Seni Filem Malaysia. Filem yang ditayangkan secara percuma atau berbayar di premis berkenaan tidak ditayangkan di pawagam biasa.

Peminat-peminat yang memilih untuk menonton di premis berkenaan selalunya berpeluang menyaksikan filem yang terbaik dari seluruh dunia. Tetapi filem-filem ini tidak berada dalam senarai tayangan di pawagam popular kerana dikatakan tidak mendapat sambutan.

Kenapa filem-filem yang hebat dari seluruh dunia tidak mendapat sambutan di pawagam popular? Adakah ini kesan dominasi pemikiran oleh Hollywood atau tidak ada usaha untuk membina khalayak filem yang sewajarnya?

Melihat kesabaran yang luar biasa pemilik rangkaian pawagam GSC di Midvalley yang terus-menerus sejak dua tahun lalu menayangkan filem yang dikelaskan sebagai ``tidak popular'', ini ada kenamengena tidak ada usaha membangunkan khalayak filem di negara ini. Orang filem yang berjaya menerbitkan filem sebenarnya jarang bertanya kenapa filem-filem seperti arahan pengarah hebat tempatan tidak mendapat sambutan? Mereka juga jarang bertanya kenapa filem lakonan Senario atau lawak Mami Jarum misalnya dengan mudah memikat perhatian?

Ada beberapa sebab yang menyumbangkan kepada ketandusan sambutan terhadap filem-filem hebat di negara ini. Pertama kerana khalayak tidak diasuh supaya meminati filem-filem yang bermutu sebagai sebuah karya yang baik.

Kedua disebabkan sebahagian besar orang yang mendakwa penerbit di negara ini sebagai pelabur tetapi bukan film maker yang mempunyai falsafah kenapa mereka menerbitkan filem.

Berbalik kepada faktor tidak ada usaha membangunkan khalayak filem, maka yang ada hanyalah peminat yang minat mereka diasuh oleh filem-filem pop yang dibuat kerana perniagaan semata-mata. Mereka tentunya tidak boleh disalahkan kalau lebih berminat menonton filem Senario The Movie arahan Aziz M. Osman berbanding filem Jogho atau Perempuan Isteri dan... arahan U-Wei.

Ini kerana tidak ada usaha untuk membentuk khalayak filem menonton filem-filem genre berat seperti Jogho. Usaha membentuk khalayak perlu berterusan dan tentunya memakan masa yang panjang. Tetapi apabila kita mula membina khalayak untuk filem-filem pop dan menolak filem-filem yang membawa makna yang lebih besar, maka tertimbuslah karya yang baik di sebalik karya buruk.

Kenapa filem seperti Embun arahan Erma Fatima tidak mendapat sambutan yang hangat seperti Mami Jarum? Terlalu tidak bermutu sangatkah filem Embun hingga penonton sedikit pun tidak merasai penat lelah melahirkan karya filem ini? Atau terlalu bermutukah Mami Jarum atau Senario The Movie hingga mencatatkan kutipan bertaraf box office (taraf Malaysia)?

Adakah penonton filem tempatan terlalu arif tentang mutu lakon layar, cerita dan lakonan hingga mereka menolak filem Kaki Bakar misalnya berbanding filem Gerak Khas The Movie? Kegagalan di pawagam ternyata bukan semuanya disebabkan filem tetapi tidak ada khalayak yang mampu menghayati filem sebagai sebuah karya.

Penonton tempatan memberi sambutan kepada filem Senario The Movie kerana filem ini telah mencipta khalayak menerusi siri tv iaitu sitcom Senario. Khalayak untuk filem ini terbina dengan jayanya dan siapa saja yang mengarah filem yang memasukkan kumpulan Senario akan membawa filem itu sebagai filem box office.

Kalau module yang sama dilakukan untuk membawa filem yang bukan pop tadi ke dalam khalayak, tentu kita akan mempunyai penonton yang boleh juga menghayati filem-filem seperti Jogho atau Embun. Tentunya kita tidak percaya sesebuah filem yang ditolak oleh penonton itu sebagai filem yang buruk.

Pada masa yang sama kita juga tentu berfikiran waras tidak membuat ukuran bahawa filem yang berjaya membuat kutipan tiket yang banyak sebagai karya yang bermutu. Tetapi kenapa filem murahan terus mengulangi kejayaan di pawagam? Jawapannya tentunya filem jenis ini telah sekian lama membina khalayaknya dan ini dibuktikan oleh kecenderungan penerbit yang mengikut arus semasa.

Alangkah baiknya kalau pihak stesen tv misalnya RTM mengambil inisiatif menayangkan filem-filem yang diistilahkan sebagai tidak popular pada waktu perdana. Stesen tv swasta tidak mungkin melakukan perkara ini kecuali Astro menerusi Astro Ria dan Prima yang menyiarkan filem-filem terbaik dari Asia.

Tetapi RTM yang diwujudkan untuk membina tamadun manusia termasuk menghayati seni yang bermutu wajar membina khalayak filem yang tidak popular tadi. Jangan tanya hasilnya dalam sekelip mata atau hujung bulan meneliti ra-ting tontonan yang selalu menjadi ukuran. Jangan.

Kalau RTM menayangkan sebuah filem seminggu yang bukan sekelas dengan Senario The Movie, dalam setahun bermakna RTM telah membawa 52 filem kepada khalayak. Proses ini perlu berterusan dan yang penting stesen tv jangan mengikut telunjuk pengiklan dan menentukan hala tuju pembinaan tamadun manusia.

Di beberapa negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam misalnya telah lama menjalankan usaha membina khalayak yang mampu menghayati seni filem. Mereka juga mendepani cabaran pada peringkat awal tetapi usaha yang berterusan telah mendekatkan filem bukan pop kepada arus perdana.

Apabila ada khalayak, maka bolehlah filem-filem jenis yang ``ditakuti'' oleh penerbit dapat diterbitkan. Sebuah filem Singapura, Money Not Enough bukan sekelas dengan Mami Jarum. Maknanya persoalan dan falsafah ``filem Singapura'' jauh lebih terserlah tetapi mendapat sambutan yang luar biasa. Difahamkan filem Money Not Enough mengatasi kutipan filem Titanic di Singapura.

Kenapa di Singapura boleh tetapi di sini tidak? Ini kerana program pembangunan khalayak perfileman lebih awal bermula daripada kegiatan membuat filem.

Di Indonesia pula gerakan membina khalayak untuk filem tidak popular ini telah lama bermula. Sekalipun banyak yang menganggap industri filem Indonesia hampir mati, sebenarnya dalam diam, karyawan filem Indonesia terus melahirkan karya-karya agung bertaraf dunia. Akhir sekali ditandai dengan kelahiran filem remaja Ada Apa Dengan Cinta? (A2DC).

A2DC filem genre pop yang bukan murahan. Tetapi kenapa sambutan di Indonesia begitu hebat? Inilah hasil daripada usaha bertahun-tahun membina khalayak yang boleh menghayati karya yang baik.

Apa pula tanggungjawab penerbit untuk meneruskan penerbitan filem-filem yang tidak popular ini? Di Malaysia sebahagian besar penerbit hanya mempunyai kecenderungan berniaga tanpa menyuntik falsafah kenapa mereka menerbitkan filem.

Memang benar filem yang menelan belanja besar adalah satu perniagaan. Tetapi konsep berniaga dalam perfileman jauh berbeza daripada berniaga sayur atau bawang di pasar. Kehendak pasaran bukan ukuran kejayaan. Barangkali hanya berjaya membuat kutipan besar tetapi tidak berjaya mempersembahkan karya yang baik.

Penerbit yang jenis inilah yang menyumbang kepada ketandusan filem-filem tidak popular tadi. Kecuali seorang penerbit yang memahami falsafah menerbitkan filem dan mereka mampu mengimbangi antara tuntutan perniagaan dan karya seni.

Apabila Erra Fazira dan Yusri (KRU) menjadi rebutan untuk diambil berlakon sebagai watak utama, maka itulah falsafah penerbitan filem Malaysia. Tanyalah kepada penerbit kenapa mereka tidak jemu-jemu menggandingkan Erra dan Yusri?

Adakah sudah tidak ada pelakon lain yang sedikit lebih baik daripada dua pelakon ini atau sememangnya ada tetapi penonton suka dengan dua pelakon ini? Ini sekadar petanda kecil bagaimana dalam dunia perfileman tempatan, usaha untuk membangunkan khalayak supaya menghayati sebuah karya hampir tidak ada. Yang ada usaha menghayati keuntungan kepada sebelah pihak.

Memetik kata-kata Mira Lesmana yang menerbitkan A2DC, ``Menerbit filem adalah memotretkan wajah bangsa.'' Adakah yang dilakukan oleh sebahagian besar penerbit tempatan menuju ke arah itu?

--- Petikan Artikel dari Utusan Malaysia ---

Sunday, March 21, 2010

Aku Nak Jadi Pejuang!


"Kalau kau nk ikut aku ko kne ade jiwa pejuang.."Bro Gagah.

Begitulah kata-kata orang yang mempunyai banyak pemerhatian dan pengalaman dalam pembikinan.Semua kata-katanya amat bermanfaat.PEJUANG??Pejuang Filem,aku nak memperjuangkan filem untuk negara ni.Setakat ni aku dh banyak mendengar permasalahan dan sebab munasabab kenapa filem di negara ni boleh dikatakan HANCO!! Semua berpunca daripada orang atas yang ada kuasa dan kononnya betul.Bagi aku,bagaimana filem kita di negara ini itulah corak kehidupan Malaysia.Selain itu masalah tempat melahirkan para anak filem,bagaimanakah cara didikan yang diberi???Kita sibuk mencari punca masalah tapi tidak menyelesaikannya.Aku masih perlu banyak belajar,sampai masa nanti aku akan kembali dengan KEMENANGAN.Insyaallah.

"Without some goals and some efforts to reach it, no man can live."

John Dewey


Thursday, February 18, 2010

Film Screening: Nak Nasihat Sikit

Kolej Puncak Perdana-21:21-Aku nak sampaikan rasa tak puas hati dengan pelajar Skrin Semester 2 dan 1 Diploma.Aku pun pelajar Skrin gak dan tentang ketidakpuasan tu adalah dimana korang sume masa screening??sibuk ngan assignment??sibuk menyuarat sana-sini??sibuk nk g kandang??aku pun sibuk gak,tapi aku dapat gak luang masa nk pergi tengok screening.Aku luang masa aku dalam 2 jam je nak tengok filem satu hari.Aku ingat lagi apa yang En Norman cakap 'Watch as many film',klu tak silap ak la.Sebab ape En Norman cakap macam tu???Sebab kita Film Student.Dah cukup sangat ke ilmu kat dada 2??and satu lagi,En Norman ada tanye aku 'Kwn2 dh x mnt lagi nk tengok filem ke??'aku malu nk menjawab..Bdk semester 2,dh kne sound ngan En Norman sem lepas still tak faham-faham lagi...ckup terer dah ke??...Budak semester 1 plak len cite,kadang2 xnmpak lansung g tengok screening...hebat sangat dah ke??....Kalau yang pergi tengok screening tu,gud luck la for korang...bukan ape la kan,kite sama-sama study tentang filem...ni la cara kita nk study Film.Cte2 yang ditayang kadang2 xde dijual kat pasaran....itu sahaja dri ak yang bergelar zouzha,sentap ke ape cari la aku...sume owg ade tanggungjawab,aku pun ade....aku pun bz gak,memalukan la ble pelajar skrin menolak nak menonton filem....

Bukan nak menyakitkan hati la,tapi perkara ni serius bagi ak dan ia perkara yang benar berlaku....

p/s:semester 1-Skrin-skang korang dah kat cni,kte stu family...mcm senior pnah ckap klu ada apa2 aktiviti tentang filem,better korang join...bia la buat muka tebal,jnji korang dapat ilmu tu wlupun skit...jngn jd ego...

Salam,

Saturday, February 13, 2010

Film Screening: Film Screening Club


Film screening at UiTM Puncak Perdana now organized by Film Screening Club after Mr Norman Yusoff organized and manage it. Film screening always held at Studio Pancha Delima, started at 8.10n PM from Monday until Thursday. Wednesday is the special day for film screening because we show short film or feature film that made by local director,F.A.C.T student,student from others universities and sometime from other country like Indonesian director. At the same day,we also got Q&A session for student F.A.C.T to ask anything about what have been screened by those director.

For more info: www.skrinfilem.blogspot.com

Film Screening: What is that???


A film screening is the displaying of a motion picture or film. Sometimes the term refers to a special showing as part of a film's production and release cycle, but it is also used for a routine event open to the public. To show the film to best advantage, special screenings my take place in plush, low seat-count theaters with very high quality (sometimes especially certified) projection and sound equipment, and can be accompanied by food and drink and spoken remarks by producers, writers, or actors. Special screenings typically occur outside normal theatrical showing hours.