PAPADOM sebuah filem terbaru dari Tayangan Unggul yang kini sedang ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia. Filem arahan Afdlin Shauki turut dibintangi beberapa pelakon popular. Mesti gempak habis ni kan? Tajuknya pun unik dan double meaning.
Judul: PapaDom
Tagline: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom.
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan: RM1.44 juta
Pelakon:
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)
Tarikh tayangan: 18 Oktober 2009
Sinopsis Filem PapaDom:
Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.
Rating: 6 out of 10
Comment: Filem ini sangat bagus dan mempunyai mesej yang jelas. Ia mengangkat martabat insan yang bergelar 'Ayah' kerana seorang anak juga memerlukan kasih sayang seorang ayah dan seorang ayah juga memerlukan kasih sayang daripada anak. Kisah seorang ayah dan anak ini telah berjaya menyentuh hati saya (aku mngis dlm pwgm doe) kerana filem ini sekaligus mengingatkan tentang masa lalu saya. Then satu hal lagi, maybe kebanyakan tidak tahu tentang hal ini tetapi saya sebagai film student(Screen Art) di UiTM ingin bertanya kepada location coordinator for this film. Kenapa film student(Screen Art) UiTM dalam filem ini boleh study kat UiTM induk?sedangkan film student(Screen Art) sebenarnya study kat UiTM Puncak Perdana Shah Alam(Faculty of Technology Creative & Artistic).Kenapa tidak lokasi pengambarannya di UiTM Puncak Perdana? Bagi saya kita seharusnya menunjukkan keadaan film education dalam Malaysia buat masa sekarang kepada semua penonton walaupun filem ini bukan mengetengah tentang film student(Screen Art). Ia seakan-akan menghina kami sebagai film student di UiTM Puncak Perdana.Anyway, this film is the best....Keep It On Afdlin Shauki!!!
Will be waiting for your next film....
ermmm... maybe sebab kampus puncak perdana ni kecik. so, lokasi die terhad taw.. klu kat induk tmpat die besar.. n banyak shot menarik yg die boleh amik... or maybe die ade reason lain sbb die buat kat induk..
ReplyDeletejgn terlalu emosi kepada tanah.
ReplyDelete