Thursday, October 29, 2009

Film Site-Filem Setem Arahan Kabir Bhatia

SETEM adalah sebuah filem arahan Kabir Bhatia dan diterbitkan oleh Tayangan Unggul. Filem ini juga adalah hasil karya terbaru Kabir Bhatia dan amat berbeza dari filemnya yang sebelum ini. Ia juga telah ditayangkan di pawagam pada 30 Julai 2009 yang lepas.

Judul: Setem
Tagline: Kisah tentang satu setem lama yang bernilai 4 juta ringgit yang menjadi rebutan
beberapa kumpulan perompak.
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Kabir Bhatia
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan: Don't know..hehe...xde info lak psal kos penerbitan filem nie...
klu ade ak ltak k...

Pelakon:
Afdlin Shauki (Joe)
Rashidi Ishak (Sid)
Vanidah Imran (Alliya)
Que Haidar (Iskander)
Bront Palare (Burn)
Datuk Aziz Sattar (Pak Ramli)
Datuk Jalaluddin (Adnan Hassan)
Aziz M.Osman (Posman)
Azwan Ali (Pengurus Restoran)
Syanie sebagai Clubber.

Sinopsis Filem Setem:

Filem Setem ini berkisar tentang Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 yang mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya. Pada sekitar tahun 2008, Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut. Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium. Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau. Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello. Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander. Siapakah yang memilikinya? Apa pula berlaku kepada mereka semua?Saksikanlah sendiri, DVD Filem Setem juga terdapat di pasaran sekarang (klu nk,g jmpe ak then pnjamla...hehe...baiknye aku).

Rating:9 out of 10

Comment: Fantastic yoo...hehe....bez gler filem ni doe...xsia2 ak bli yang ori punya...hek3....ok,jalan cerita untuk filem ni amat jelas sekali dan senang untuk difahami. Penggunaan CGI juga tidak terlalu ketara bagi mata saya kerana..its look real dudez.... then,yang aku pling mnt tengok dalam filem ini ialah elemen lakonan....lakonan afdlin shauki adalah yang paling menarik perhatian aku. Lakonan beliau selumber gler,beliau juga pelakon komedi yang amat berbakat dan kebanyakan filem hasil karya@lakonan beliau berkait dengan erti persahabatan...i like massage that being tell by afdlin shauki n kabir bhatia...respect la sama lu dua wooo....sowe bro kabir, wa x tengok lagi filem Sepi,Cinta dh...hehe...i'll watch it soon....

Majulah Filem Untuk Negara!!!!


1 comment:

  1. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... FILM REVIEW SIOTTTT!!!!!! Hantar kat Mr Norman, kot-kot dapat marks kan......................... :P

    ReplyDelete