Monday, November 2, 2009

Film Site-Filem Fenomena arahan Aziz M.Osman




FENOMENA ialah filem arahan Aziz M.Osman yang telah ditayangkan di pawagam pada 13 Mei 1990 dan ditayangkan semula atas dasar Program Merakyatkan Filem di Panggung Colleseum Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur.

Judul: Fenomena
Tagline: Kisah tentang cara perubatan tradisional melayu dan perjuangan musik.
Genre: Drama/Musikal
Pengarah: Aziz M.Osman
Penerbit: Teletrade Sdn Bhd
Kos Penerbitan: -

Pelakon:
Ramona Rahman (Isabella)
M.Nasir (Azlan)
Amy Search (Suhaimi@Amy)

Sinopsis Filem Fenomena:

Isabella anak Mr. Howell, seorang Pengurus lombong besi di Bukit Besi, Terengganu, telah mengidapi satu penyakit yang aneh ketika berusia setahun. Pada suatu malam Isabella menangis tidak henti-henti hingga mendorong tukang kebun mereka Labib yang juga dukun cuba mengubatinya. Serta merta Isabella berhenti menangis dan segar seperti kanak-kanak sihat. Setelah 24 tahun berlalu, Isabella yang kini sarjana di Universiti London dalam bidang pengajian penyakit ganjil tersebut. Doktor-doktor di England berpendapat bahawa Isabella hanya berpeluang hidup selama enam bulan lagi. Isabella tidak dapat menerima hakikat itu dan berpendapat Labib mampu mengubati penyakitnya serta berazam kembali ke Bukit Besi untuk menemuinya.

Rating: 8 out of 10

Comment: Filem ni bez wlupun ianya filem lama tapi ada isi,berseni yang mempunyai mesej yang jelas. I'm enjoyed watching this film.

See More:

28 November 2009-Rahsia
26 Disember 2009-Panglima Badul
Venue: Panggung Coleseum Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur
Time: 12 PM


1 comment: