Saturday, April 3, 2010

Kualiti Filem Terletak Pada Ilmu dan Pengalaman

Kualiti Filem Terletak Pada Ilmu dan Pengalaman
Oleh: R.Shamfa

Kebanyakan mereka sering bertanyakan bagaimana untuk membuat filem itu bagus serta paling penting mempunyai kualiti. Filem yang berkualiti adalah terletak pada ilmu dan pengalaman individu tersebut.

Jadi untuk mencapai tahap tersebut haruslah kita mengkaji dan belajar bukan sekadar dari kemahiran dan teori yang diajar di kuliah tetapi haruslah mengambil ilmu melalui buku-buku filem kerana di situ juga terkandung sejuta ilmu dan pengalaman yang tidak didapati oleh setiap manusia secara langsung.

Sebenarnya Islam mengajar kita suruh membaca dan menuntut ilmu supaya dapat menaikkan taraf hidup manusia. Sebenar pembikin-pembikin filem Barat telah banyak mempelajari dan mengkaji bagaimana untuk menghasil filem yang berkualiti melalui hasil pembacaan. kerana melalui pembacaan akan lahirnya kemahiran. jadi, Mari kita maju filem demi bangsa, agama dan negara.

---Petikan dari blog Kitamajufilem---

1 comment:

  1. Apa yang ingin ditegakkan? Kualiti? Kejujuran dalam berkarya atau pengolahan karya yang suci? Mana satu yang nak dipelihara dan dijaga?
    Buatlah pilihan dari hati.
    Ilmu dari buku, manusia dan pengalaman juga boleh membentuk kita menjadi insan yang menghargai seni. Apa yang penting..Keikhlasan hati...

    ReplyDelete